Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meminta Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar mengeset semula atau reset Semporna terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai reset Sabah.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri GRS-BN akan melihat untuk menyelesaikan masalah dan isu dihadapi rakyat di Semporna.